Selamat Datang!

Siri panduan Teknoria direka untuk membantu netizen muda memahami dan mengembangkan kemahiran teknologi mereka untuk diaplikasikan ke dalam kehidupan harian.

Melalui penerangan yang mudah difahami, penuh ilustrasi dan interaktif, siri ini diharapkan dapat membina generasi celik teknologi yang mengamalkan penggunaan media digital yang sihat dan bertanggungjawab. 

Sasaran utama pembaca siri ini adalah Pembaca Awal, iaitu kanak kanak berumur 5 - 10 tahun. Namun, setiap tajuk akan disampaikan melalui tiga perspektif berbeza - dari kaca mata anak, ibu bapa, dan guru.